Friday 12 August 2011

Taksonomi dan Domain

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL
DEFINISI KONSEP
©      Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.
©      Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl.
©      Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya.
©      Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
©      Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja.
©      Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.



 Aras Mengikut Taksonomi Bloom
v  Pengetahuan (knowledge)
©      Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
©      Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
Ø  Pelajar perlu menggunakan proses mental.
Ø  Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru
Ø  Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
Ø  Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

v  Pemahaman (comprehension)
©    Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.
©      Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

v  Aplikasi (application)
© Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula.
©      Membina graf daripada data dan lain-lain.

v  Analisis (analysis)
©  Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

v  Sintesis (synthesis)
©  Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.
©      Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

v  Penilaian (evaluation)
©      Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.
©      Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.



Domain Krathwohl
©      Domain ini diasaskan oleh David R. Krathwohl yang merupakan bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
©    Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
©      Pembelajaran akan dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Terdapat 5 peringkat di bawah domain ini :
Ø  Penerimaan
Ø  Bertindak balas
Ø  Menilai
Ø  Organisasi
Ø  Perwatakan

Penerimaan
ü  Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.
ü  Keinginan dan kesanggupan menerima (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
ü  Kesedaran (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
ü  Perhatian terkawal (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)

Objektif am :
o   Mendengar dengan berhati-hati.
o   Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
o   Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
o   Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
o   Mengambil bahagian dalam aktiviti.

Hasil pelajaran spesifik :
o   Menyoal
o   Memilih
o   Menghuraikan
o   Mengikut
o   Menamakan
o   Menggunakan

Gerakbalas
ü  Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu.
ü  Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.
ü  Terdapat 3 kategori di bawah gerakbalas iaitu :
o   Persetujuaan membalas (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)
o   Kesediaan membalas (Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
o   Kepuasan (Mencapai objektif )

Terdapat 2 objektif yang perlu dicapai iaitu :
1.  Am
-       Melengkapkan kerja
-       Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
-       Seronok membantu rakan
-       Melakukan tugas secara sukarela.

2. Spesifik
-       Dapat menulis isi pelajaran
-       Menjawab soalan
-       Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

Penilaian
ü  Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat.
ü  Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian
o   Penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
o   Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
o   Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.


Organisasi
ü  Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik.
ü  Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan
ü  Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
ü  Ia juga ditakrifkan sebagai kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
Objektif am : Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
Objektif khusus : Disiplin dalam mengekalkan nilai.

Relevan
o   Perwatakan ini tidak membiarkan murid menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai. Ia juga menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai, merancang dan membuka minda murid.
o   Di bawah domain ini juga melatih mereka supaya mereka cenderung dalam sesuatu bidang selain mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.
o   Pengajaran juga tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait rapat dengan minat murid.


Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti:
a.    Tingkah laku
b.    Motivasi
c.    Komunikasi
d.    Cara pengurusanbilikdarjah
e.    Cara Pembelajaran
f.     Penggunaanteknologi

No comments:

Post a Comment