Saturday 13 August 2011

Jenis Penilaian Bahasa ( Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan )

UJIAN KEFASIHAN
v  Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
v  Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan murid.
v  Ia dinilai dari segi :
Ø  Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
Ø  Intonasi dan nada yang betul.
Ø  Pemilihan ungkapan yang betul.
Ø  Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
Ø  Posisi tubuh yang betul.
Ø  Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan).

UJIAN KEMAJUAN
v  Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
v  Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
v  Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
v  Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. 

No comments:

Post a Comment