Portfolio
v Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri portfolio
© Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti.
© Dijalankan secara kolaboratif.
© Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.
© Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
© Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
Penilaian portfolio
© Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
© Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
© Lebih terbuka dan seimbang
© Dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran
© Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina
Portfolio kerja harian
Ø Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Ø Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
Portfolio dokumen/ Dokumentari Portfolio
Ø Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
Ø Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.
Kegunaan portfolio
© Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
© Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
© Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
© Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
© Mempelbagaikan bukti penilaian dan membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
Perancangan
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:
1. soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
2. Isi kandungan portfolio
3. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
4. Penilaian portfolio.
Cara membina portfolio
© Menentukan Tujuan Portfolio
© Menentukan isi portfolio
© Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
Mengumpul maklumat
© Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
Ø Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi maklumat.
Ø Lawatan
Ø Temubual
© Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.
Ø inti/rumusan dari pelbagai sumber
Ø Imbas gambar foto
Ø Bentukk soal semak di computer
Ø Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.
Bagaimana menilai portfolio?
© Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
© Menggunakan peta perkembangan pelajar .
© Contoh:
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
© Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti .
© Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
Merekod penilaian portfolio
© Penilaian awal
© Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
© Senarai ciri paling penting
© Penentuan gred
Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan
© Peringkat perkembangan/proses.
© Peringkat penilaian.
© Peringkat refleksi/
© Penutup.
© Sikap interaksi dan penglibatan.
Pemerhatian
v Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
v Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
v Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.
Fungsi Pemerhatian
© Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
© Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakansebaya dalam sesuatu pembelajaran.
© Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
Pelaksanaan Proses Pemerhatian
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Rekod Pemerhatian
a) Kualiti Pemerhatian
Guru perlu:
Ø Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
Ø Peka terhadap perubahan.
Ø Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ø Ikhlas dan jujur.
Ø Bersikap terbuka.
Ø Tekal dan stabil.
b) Bentuk perancangan
Ø Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
Ø Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
Ø Menetapkan jangka waktu proses penilaian.
Ø Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
Ø Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
Ø Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
c) Rekod Pemerhatian
Rekod pemerhatian yang diperlukan:
Ø Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan
ü Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
Ø Menjalankan Tugasan :
ü Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
Ø Cara merekodkan dapatan dan rumusan :
ü Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Ø Tindak susul :
ü Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
Jenis-Jenis Pemerhatian
© Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:
1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Ø melapor apa yang dilihat sahaja.
Ø menggunakan tafsiran (hipotesis).
2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
Ø Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
3. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
Ø jangka waktu yang berperingkat.
Strategi Pelaksanaan
© Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:
Ø Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
Ø Menggunakan senarai semak.
Ø Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
Ø Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
Ø Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
Ø Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
Ø Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Ø Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi
© Penilaian melalui pemerhatian:
Ø digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
Ø Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
Ø Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
© Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
© Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
© Membantu guru mengetahui
Ø sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut.
Ø adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang positif.
Ø bagaimanakah kemampuan berfikir mereka?
Ø Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?
CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
Ø keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.
b. Kecekapan :
Ø Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
c. Kecekapan muzik:
Ø Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.
d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:
Ø berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.
e. Kecekapan intrapersonal:
Ø Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.
f. Kecekapan interpersonal:
Ø Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.