Friday 12 August 2011

PENILAIAN

PENILAIAN
Konsep Penilaian
©      Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives’.
©   Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
©      Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
©      Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
©      Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.
©      Ia dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.


Kepentingan Penilaian di Bilik Darjah
©      Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
©      Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
©      Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
©      Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
©      Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka.
©      Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.








Hubungan Antara Pentaksiran, Pengujian Dan Penilaian
Ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk  membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

No comments:

Post a Comment