Saturday 13 August 2011

Jenis Penilaian Bahasa ( Ujian Bakat dan Ujian Pencapaian )

UJIAN BAKAT  
v  Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. 
v  Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. 
v  Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.     

UJIAN PENCAPAIAN  
v  Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.
v  Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. 
v  Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. 
v  Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
v  Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

No comments:

Post a Comment