Friday 12 August 2011

PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN
v  Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai,maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan.
v  Mokhtar Ismail mendefinisikan pentaksiran sebagai langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.
v  Pentaksiran juga merupakan satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
  •           Instrumen
  •      Kumpulan yang ditafsir
  •      Respon
  •      Kumpulan yang menafsir
  •      Skor


Definisi Pentaksiran
©   Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
©      Proses: Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
©      Maklumat: Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
©      Penghakiman: Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
©      Produk: Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik
©      Kesahan Skor : merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
©      Kebolehpercayaan Skor : merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
©      Keobjektifan : ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
©     Kebolehtadbiran : kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah
©  Kemudahtafsiran : maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian
      Kekomprehensifan : Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran. 

No comments:

Post a Comment