Friday 12 August 2011

PENGUJIAN


PENGUJIAN
Konsep Pengujian
©      Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
©      Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
©      Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
©  Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat.
©      Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
©   Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis.
©      Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
©    Ujian merupakan satu alat. Ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
©  Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
© Namun, ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur.
©      Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.
©   Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.
©    Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar)
Ø  Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu individu (pelajar).
Ø  Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan.
Ø Tujuan pengujian : mengesan kemajuan / pencapaian / penguasaan pelajar terhadap sesuatu bidang pelajaran.


Peringkat Pengujian
©      Persediaan
©      Pelaksanaan
©      Pemeriksaan

No comments:

Post a Comment