Friday 12 August 2011

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian

  • Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan





Kepentingan JSU

  • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain



Penyedian JSU

JSU mengandungi maklumat tentang:

  • Bentuk dan panjangnya ujian
  • Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  • Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
  • Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawabsoalan.



Penentuan Aras


  • Pengetahuan
  • Aplikasi
  • Kefahaman
  • Analisis
  • Sintesis 
  • Penilaian
ARAS PENGETAHUAN
Ciri soalan

  • Memerlukan calon mengingat semula. 
  • Jawapan calon menggunakan bahasa asal

Contoh Kata Kerja

  • Labelkan
  • Senaraikan
  • Manakah
  • Apakah

ARAS KEFAHAMAN

Ciri Soalan

  • Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasidalam bahasanya sendiri

Contoh Kata Kerja

  • Terangkan
  • Jelaskan
  • Huraikan
  • Tukarkan


ARAS APLIKASI
Ciri Soalan

  • Memerlukan calon menyelesaikan masalah
  • Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

Contoh Kata Kerja

  • Selesaikan
  • Binakan
  • Carikan
  • Tunjukkan
  • Kirakan
  • Demonstrasikan

No comments:

Post a Comment