Friday 12 August 2011

Analisis Item ( Indeks Kesukaran )


  • Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran item(item difficulty index) (p). 
  • Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. 
  • Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:


p    = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
          Jumlah calon yang menjawab




  • Sebagai contoh, satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar daripadasejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. 
  • Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. 
  • Sekiranya tiada seorang pelajar pun dapat menjawab dengan betul, maka nilai p akan menjadi 0 (soalan amat sukar), tetapi jika semua pelajar dapat menjawab dengan betul, nilai p akan menjadi 1 (soalan terlalu mudah). 
  • Justeru, item yang sukar mempunyai nialai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi.
  • Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu diingatkan bahawa soalan yang terlalu mudah (p > 0.85) atau soalan yang terlalu sukar (p < 0.15) tidak dapat memberikan maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. 
  • Ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar. Justeru, soalan-soalan tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan.
  • Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. 
  • Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi  mudahlah item tersebut (Wood, 1960).
  • Item yang dijawab dengan betul oleh 85%  pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85, manakala item yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar  akan mempunyai nilai p = 0.50. 
  • Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang dapat menjawab item tersebut dengan betul. 
  • Misalnya, jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul.
  • Sebagai ingatan, nilai p merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan pelajar yangmengambil ujian. 
  • Nilai ini boleh berubah mengikut keupayaan kumpulan pelajar tersebut, dan seterusnya boleh berubah sekiranya kumpulan calon  yang sama menduduki ujian kali kedua.
  • Sebagai contoh, item manakah lebih sukar antara “Siapakah Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj?” dan “Siapakah Tun Dr.Mahathir?”?. 
  • Kita tidak boleh menyatakan item mana yang lebih sukar selepas membaca soalan ini. Kita hanya boleh menentukan kesukaran soalan ini selepas kita mentadbirkannya kepada sekumpulan pelajar dan mengira nilai p bagi soalan ini.
  • Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, …; indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317):
  • Indeks kesukaran item (p) =  __Markah Purata__
                                                      Julat Markah Penuh
  • Sebagai contoh, suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan maksimum 10. 
  • Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah menjawab soalan ini dan mendapatmarkah seperti dalam jadual di bawah.
  •  Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0.
  • Pengiran indeks kesukaran item ialah seperti berikut:
  • Markah Purata           = Jumlah markah /  Jumlah pelajar= 63.0/10 = 6.30             
  • Julat Markah Penuh   = Markah maksimum – Markah minimum = 10 - 0 = 10
  • Indeks Kesukaran      =     Markah Purata / Julat Markah Penuh = 6.3/10 = 0.63 = 63%
  • Berbeza daripada indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif dapat
  • menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus.  
  • Contohnya, markah purata 6.3 (daripada 10) ialah 63% (iaitu sama dengan indeks kesukaran dikalikan dengan 100).
  • Seterusnya, indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item (akan dibincangkan kemudian) yang maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item. 
  • Indeks kesukaran tersebut ialah 0.50 bgi item berjawapan pendek/melengkap, 0.70 bagi item objektif lima-opsyen,  0.74 bagi item objektif empat-opsyen, 0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan 0.85 bagi item objektif dua-opsyen (betul/salah) [Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)]. 
  • Selain itu, Nitko (2004: 323) menyatakan indeks kesukaran bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan (contohnya, membaca) haruslah antara 0.16 dan 0.84 (iaitu ada item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); sementara bagi item-item ujian yang mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis) haruslah mempunyai indeks kesukaran item antara 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar).
  • Selain menjadi panduan semasa membina item supaya indeks diskriminasi menjadi maksimum.


         Tujuan Indeks Kesukaran 
  1. Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalansoalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar)
  2. Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar
  3. Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji
  4. Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran (misalnya, diberi latih tubi/ulangan)

No comments:

Post a Comment