Saturday 13 August 2011

Kaedah Penilaian Bahasa ( Penilaian Melalui Portfolio dan Penilaian Melalui Pemerhatian )

Portfolio 
v  Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri portfolio
©  Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti.
©       Dijalankan secara kolaboratif.
©   Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.
©     Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
©  Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
Penilaian portfolio
©       Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
©       Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
©       Lebih terbuka dan seimbang
©      Dipantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran
©     Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama


Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina
Portfolio kerja harian
Ø  Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Ø  Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.

Portfolio dokumen/ Dokumentari Portfolio
Ø  Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
Ø  Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.


Kegunaan portfolio
©    Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
© Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
©      Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
©      Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
©       Mempelbagaikan bukti penilaian dan membolehkan penilaian dalam bidang afektif.

Perancangan 
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:
1. soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
2. Isi kandungan portfolio
3. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
4. Penilaian portfolio. 


Cara membina portfolio
©      Menentukan Tujuan Portfolio

©      Menentukan isi portfolio
©      Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.

Mengumpul maklumat
©       Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
Ø  Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi maklumat.
Ø  Lawatan
Ø  Temubual
©       Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.
Ø  inti/rumusan dari pelbagai sumber
Ø  Imbas gambar foto
Ø  Bentukk soal semak di computer
Ø  Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

Bagaimana menilai portfolio?
©       Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
©       Menggunakan peta perkembangan pelajar .
©       Contoh:
                E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
                J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
                A 3 Membentuk suku kata
                A 2 Menyebut bunyi huruf
                N 1 Permulaan mengenal huruf
©       Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti .
©       Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.


Merekod penilaian portfolio
©       Penilaian awal
©       Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
©       Senarai ciri paling penting
©       Penentuan gred

Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan
©       Peringkat perkembangan/proses.
©       Peringkat penilaian.
©       Peringkat refleksi/
©       Penutup.
©       Sikap interaksi dan penglibatan.



Pemerhatian
v  Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
v  Aspek  yang  diperhatikan  menyeluruh  meliputi  aspek kognitif,afektif  dan  psikomotor  yang  melibatkan  juga  faktor-faktor  bahan  dan persekitaran.  
v  Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.


Fungsi Pemerhatian
©       Melihat  perkembangan  individu  atau  kumpulan  dalam  sesuatu  proses pembelajaran. 
©       Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakansebaya dalam sesuatu pembelajaran.  
©       Dilaksanakan  oleh  pelajar  untuk  menjalankan  sesuatu  tugasan  seperti projek.  




Pelaksanaan Proses Pemerhatian
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Rekod Pemerhatian

a) Kualiti Pemerhatian
Guru perlu:
Ø  Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
Ø  Peka terhadap perubahan.
Ø  Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ø  Ikhlas dan jujur.
Ø  Bersikap terbuka.
Ø  Tekal dan stabil.

b) Bentuk perancangan
Ø  Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
Ø  Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
Ø  Menetapkan jangka waktu proses penilaian.
Ø  Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
Ø  Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
Ø  Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.

c) Rekod Pemerhatian
Rekod pemerhatian yang diperlukan:
Ø  Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan 
ü  Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
Ø  Menjalankan Tugasan : 
ü  Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
Ø  Cara merekodkan dapatan dan rumusan : 
ü  Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Ø  Tindak susul : 
ü  Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.


Jenis-Jenis Pemerhatian
©       Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:
1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Ø  melapor apa yang dilihat sahaja.
Ø  menggunakan tafsiran (hipotesis).
2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
Ø  Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
3. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
Ø  jangka waktu yang berperingkat.


Strategi Pelaksanaan
©       Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:
Ø  Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
Ø  Menggunakan senarai semak.
Ø  Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
Ø  Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
Ø  Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
Ø  Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
Ø  Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Ø  Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi
©       Penilaian melalui pemerhatian:
Ø  digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
Ø  Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
Ø   Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
©       Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
©       Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
©       Membantu guru mengetahui
Ø  sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut.
Ø  adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang positif.
Ø  bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? 
Ø  Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?



CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
Ø  keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.
b. Kecekapan :
Ø  Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
c. Kecekapan muzik:
Ø  Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.
d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:
Ø  berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.
e. Kecekapan intrapersonal:
Ø  Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.
f. Kecekapan interpersonal:
Ø  Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.





No comments:

Post a Comment