Saturday 13 August 2011

Analisis Item ( INDEKS DISKRIMINASI )

  • Salah satu daripada tujuan ujian ialah untuk mengenal pasti calon/pelajar yang berkeupayaan tinggi, untuk matlamat tertentu, seperti melanjutkan pengajian dalam bidang tertentu. 
  • Item/soalan yang baik akan dapat membezakan/mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. 
  • Indeks yang diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item.

Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehrens & Lehmann, (1991) dan contoh berikut:
  1. Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terrendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi).
  2. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah (RL - Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU – Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T (L+U) – Total)
  3. Indeks Disckriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan separuh  T(L+U) seperti berikut: Indeks Diskriminasi (d)  =    (RU – RL) / (1/2 T (L+U))
  4. Sebagai contoh, andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah 54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenalpasti,  didapati 45 orang daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45). Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang dapat menjawab dengan betul (RL = 15). Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ialah 108 orang (T(L+U) = 54 + 54 = 108). Indeks Diskriminasi boleh dikiraseperti berikut: Indeks Diskriminasi =    (RU – RL)  =  (45 – 15) =   30 = 0.56 (1/2 T (L+U) (1/2 x 108) 54
  5. Dalam contoh ini, Indeks Diskriminasi boleh bernilai 1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul (RU – RL = 54 – 0 = 54):  Indeks Diskriminasi =    (RU – RL)  =     (54 – 0)     =  54  =  1.00 (1/2 T (L+U)) (1/2 x 108)  54
  6. Indeks Diskriminasi boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama   (RU – RL = 0). Indeks Diskriminasi = (RU – RL)  =         (0)         =  0   =  0.00 (1/2 T(L+U)) (1/2 x 108)  54
  7. Akhirnya, Indeks Diskriminasi boleh bernilai -1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul (RU – RL = 0 - 54 = -54). Indeks Diskriminasi =    (RU – RL)  =     (0 – 54)     = -54 =  -1.00 (1/2 T(L+U))(1/2 x 108) 54


  • Justeru, daripada contoh yang diberikan di atas, kita dapat melihat Indeks Diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00.
  • Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan pelajar berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalandengan betul daripada pelajar berpencapaian rendah.  
  • Secara logiknya, kita memang mengandaikan lebih ramai pelajar berpencapaian tinggi akan dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul berbanding pelajar berpencapaian rendah. 
  • Ini menjadikan nilai  Indeks Diskriminasi hampir kepada 1.00, yang juga bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) sebab ia dapat membezakan (discriminate) pelajar berpencapaian tinggi/pandai daripada pelajar berpencapaian rendah/lemah.
  • Seterusnya, bagi soalan-soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif yang menghampiri 0.00, soalan-saolan ini dikatakan tidak baik untuk PRN, sebab ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah. 
  • Akhirnya, bagi soalan-soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi negatif yang menhampiri -1.00, soalan-saolan ini dikatakan tidak baik untuk PRN,sebab ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.
  • Justeru, pembina soalan perlu memperbaiki/menggantikan soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi yang rendah atau pun negatif. 
  • Menurut Hanna dan Dettmer (2004: 252), soalan-soalan yang dibina oleh guru hanya mempunyai Indeks Kesukaran antara 0.00 hingga 0.50. Bagaimanapun, menurut Mehrens dan Lehmann (1991), Indeks Diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.20, sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.20, sekiranya pelajar dibahagikan kepada 27% berpencapaian rendah dan 27% berpencapaian tingggi.
  • Seterusnya, Nitko (2004: 323) menyatakan item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30. 
  • Justeru, sebagai kesimpulan, item/soalan yang baik untuk sesuatu ujian perlu mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30. Bagaimanapun, Indeks Diskriminasi yang lebih tinggi diperlukan untuk ujian-ujian PRN.


Tujuan Indeks Diskriminasi
  1. Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalansoalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai
  2. Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai
  3. Memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji
  4. Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar
  5. Mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu

No comments:

Post a Comment