Thursday 22 September 2011

Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Penilaian Pengalaman Pembelajaran
v  Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
v  Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. 
v  Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
v  Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
v  Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupates ataupun non tes.
v  Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.
v  Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.



Ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan
Kaedah Jigsaw
©      Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar.
©      Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

©      Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
Ø  Pergantungan secara positif
Ø  Tanggungjawab
Ø  Interaksi secara terus (bertentang mata)
Ø  Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
Ø  Penilaian kendiri secara berterusan

Kritikan Terbuka
©      Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
©      Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
©      Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
©      Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
©      Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi.
©      Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima.
©      Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
©      Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan
©      Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama.
©      Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
©      Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
©      Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley).
©      Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
©      Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Penilaian Berasaskan Sekolah

v  Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.
v  Pentaksiran Sekolah secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran(assessment for learning) manakala Pentaksiran Sekolah secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari(assessment of learning).


Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti berikut:
©      Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan
Ø  pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard)
Ø  penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;

©      Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung.
©      Menggunakan kepelbagaian maklumat.
©      Membuat penilaian dan melaporkan secara verbal dan atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
v  Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut:
©      kejelasan konstruk yang ditaksir
©      bentuk
©      kegunaan
©      aras kesukaran
©      bagaimana cara mentaksir
©      kekerapan
©      masa
©      maklumbalas.

Pentaksiran Yang Berkesan Membolehkan Murid :
©      Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal
©      Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki
©      Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta
©      Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan  penguasaan dan kepakaran
©      Belajar dengan kaedah tersendiri
©      Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya
©      Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;
©      Bertanggungjawab terhadap pembelajaran
©      Melalui proses pembelajaran yang berjaya
©      Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.


Fungsi Pentaksiran Sekolah
©      Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas :
Ø  Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid)
Ø  Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran)


Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif)
©      Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu.
©      Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.
©      Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.
©      Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya.
©      Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)
©      Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid.
©      Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran.
©      Maklumat tersebut diguna sebagai maklumbalas dalam  mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.
©      Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. 
©      Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk  pembelajaran.
©      Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul.
©      Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan.
©      Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:
Ø  Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan
Ø  Tahap pembelajaran yang diharapkan
Ø  Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan.
©      Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas,  bukan semata-mata merekod skor.
©      Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.  


Pentaksiran Rujukan Standard
©      Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria.
©      Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard.


Pentaksiran Rujukan Kriteria
©      Pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu.
©      Melalui PRK, pencapaian murid tidak dinilai secara bertahap.
©      Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya.

Friday 16 September 2011

Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

Definisi Brosur
©      Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Penilaian bahasa berasaskan projek : “Power Point”, risalah dan web.


Rubrik Pemarkahan




TAHAP   /
            KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)
KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.




Powerpoint
©      Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional.
©       Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat
Ø  Matlamat bagi powerpoint adalah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tempatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.

Objektif
Ø  Objektif powerpoint pula ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT serta menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.

Ciri-Ciri
Ø  Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

Ø  Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:

ü  Hasil ciptaan sendiri
ü  Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
ü  Berasaskan Windows
ü  Interaktif

Aspek Penilaian
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.



Risalah
1.    Persembahan yang menarik
2.    Pemilihan isi yang menarik
3.    Topik yang menarik
4.    Penggunaan laras bahasa yang sesuai
5.    Ringkas dan padat
6.    Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
7.    Menarik perhatian
8.    Rekaan yang sesuai
9.    Mengetahui golongan sasar yang difokus.


Halaman Sesawang (WEB)
1.    Persembahan rekaan
2.    Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
3.    Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
4.    Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
5.    Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
6.    Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
7.    Mempunyai maklumat tambahan
8.    Mempunyai jaringan yang luas