Tuesday 13 September 2011

Penilaian Kemahiran Bahasa ( Penilaian Kemahiran Membaca )

Kemahiran Membaca
v  Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :SQ3R,1H+5W, SKIMMING, SCANNING,KWLH dll.
v   ‘Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984)
v  ‘Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind’ (WALTER1985)
v  Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atautulisan yang dilihat.
v  Membaca dengan tidak memahami apa yang dilihat atau disebut bukanlah membaca. Ia hanya sekadar melihat atau menyebut simbol-simbol

Tujuan Pembacaan
©       Mengetahui isi-isi penting.
©       Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.
©       Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.

Cara Gaya Pembacaan
©       Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
©       Persediaan yang cukup.
©       Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
©       Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.


Peringkat Bacaan
©       Kesediaan Membaca
©       Prabacaan
©       Membaca secara mekanis
©       Membaca secara mentalis
©       Bacaan Intensif
©       Bacaan Ekstensif

Aspek-Aspek Berkaitan Kemahiran Membaca
©       Kadar kelajuan
©       Pergerakan mata
©       Mengenal pasti struktur ayat
©       Membaca secara kuat
©       Membaca secara aktif
©       Menunjuk
©       Motivasi
©       Gerak hati atau jangkaan
©       Keadaan fizikal


Peringkat-Peringkat Pemahaman
©       Peringkat Lateral
Ø  Pengetahuan dan pemahaman murid
Ø  Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
©       Interpretasi
Ø  Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
Ø  Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
Ø  Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
©       Inferens
Ø  Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
Ø  Menentukan sebab dan akibat
©       Menilai
Ø  Peringkat analisis dan sintesis
Ø  Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom
Ø  Mampu membezakan yang baik dan buruk.
Ø  Mempunyai pendapat tersendiri.


Teknik SQ3R
©       Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
©       Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

S – Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.


Q – Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.


R – Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.


S - SURVEY
1. Sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya, maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca buku itu.
2. Sekiranya anda dapat berfikir sebegini, MINDA AKAN LEBIH FOKUS sebenarnya.



Tips penting :
a. Perhatikan sebarang huruf yang besar/yang dihitamkan/digariskan. Merupakan petunjuk bahawa ia adalah penting. Jika diabaikan, mungkin akan tertinggal isi penting dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.
b. Perhatikan – gambar/ilustrasi mengenai bab yang akan dibaca. Ianya sangat membantu dalam memahami bab tersebut.
c. Teka – apa yang akan anda baca sebentar lagi.
d. Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab.


Q – QUESTION (SOAL)
1. Ada satu perkara ajaib mengenai soalan, soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu.
2. Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya.
3. Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus.
4. Soalan membuat anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah menjumpainya.
5. Soalan sebenarnya meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri kita.


R – READ (BACA)
1. Membaca ada kaitan dengan berfikir.
2. Semasa membaca, anda perlu berfikir – ingat langkah-langkah dalam S dan Q tadi.
3. Aktifkan minda semasa membaca, cari jawapan kepada soalan yang anda fikirkan.
4. Apabila anda aktif berfikir semasa membaca, anda akan menumpukan sepenuh perhatian, dan minat anda untuk terus membaca juga akan semakin meningkat.
5. Apabila terjumpa dengan jawapan kepada soalan yang anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat.
6. Tips penting :
a. Tuliskan soalan di atas kertas dan letakkan kertas di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semula kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut.
b. Jangan risau sekiranya anda rasa sukar, janggal atau tidak selesa pada permulaannya, merupakan perkara biasa. Teruskan menggunakan teknik ini, anda akan biasa, selesa dan seronok akhirnya.


R – RECITE (LAFAZKAN SEMULA)
1. Selepas habis membaca satu-satu bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca.
2. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut.
3. Jika tak ingat jangan teruskan membaca, semak semula.
4. Setelah yakin dan faham, serta dapat menjawab soalan tersebut teruskan membaca bab yang seterusnya.


R – REVIEW (ULANG)
1. Setelah habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan dalam minda anda. Jika rasa tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat berkenaan dan cari semula maklumat tersebut.
2. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, bayangkan anda melihat tayangan gambar penerangan itu dari awal hingga akhir.
3. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan.
4. Akhir sekali, tuliskan semula di atas kertas apa yang telah anda dapat atau ingat dari pembacaan anda tadi.


Kelebihan Teknik SQ3R
©  Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
©   Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
©       Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.
©       Perlu dijelaskan instrumen kemahiran membaca.

1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California - MapyRO
    Harrah's Resort Southern California, Funner. Funner, CA 부산광역 출장샵 92082. Directions. 777 Harrah's 여주 출장샵 Rincon Way 경상북도 출장샵 Funner, 당진 출장마사지 Funner, 안동 출장샵 92082.

    ReplyDelete