Tuesday 13 September 2011

Penilaian Kemahiran Bahasa (Penilaian Kemahiran Lisan )

Kemahiran Lisan 
v  Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara:
©       pelajar dengan pendidik
©       pelajar dengan pelajar
©       pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :
©       kefahaman konsep
©       pengetahuan fakta
©       pemikiran peringkat tinggi
©       kecekapan mendengar
©       penggunaan bahasa yang tepat
©       kecekapan metematik
©       gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
©       pertuturan dan sikap
v  Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu:
©       kemahiran mendengar
©       kemahiran bertutur.

Kemahiran Mendengar
Ø  Kemahiran paling asas
·         Berlaku pada peringkat penerimaan
·         Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

Kemahiran Bertutur
Ø  Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi
Ø   Peringkat penglahiran
Ø  Perlu ditiru & diajuk
Ø  Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

Tujuan Kemahiran Lisan
©       Menyebut perkataan / ayat dgn betul
©       Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
©       Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
©       Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
©       Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, & perbendaharaan kata yang luas.


Kemahiran-Kemahiran Yg Boleh Diperoleh Oleh Murid :
©       Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul
©       Bertutur dengan nada, intonasi, & sebutan yang betul.
©       Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, & menghormati pertuturan orang lain.
©       Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
©       Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
©        Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

©       bacaan kuat
©       syarahan
©       perbahasan
©       bercerita
©       perbincangan
©       hafazan
©       temu bual
©       soal jawab
©       nyanyian
©       deklamasi sajak
©       mendengar dan memberi respon secara lisan



Penilaian lisan membolehkan guru :
©       mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
©       mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
©       mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
©       mengesan kelancaran dalam sebutan.
©       mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
©  Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
©       Contoh : PLBS

Menyediakan instrumen
©       soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
©       aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
©       pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
©       aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


Konsep Kemahiran Mendengar
©       Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
©      Pendengaran berlaku melalui latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.
©       Individu lebih banyak belajar daripada pengalaman daripada kecerdasan otak.
©       Harus berlaku melalui pemikiran, bukan perasaan.
©       Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
©       Pendengaran untuk hiburan (tindak balas positif)

Peringkat Mendengar
  1. mendengar deretan bunyi
  2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
  3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
  4. Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar
©       Mendengar pasif
Ø  Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
Ø  Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
©       Mendengar secara bertelau-telau
Ø  Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
Ø  Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.
©       Mendengar tanpa tindak balas
Ø  Mendengar tp tidak bertindak balas
Ø  Tidak beremosi dan tidak memahami
©       Mendengar secara menebuk-nebuk
Ø  Berlaku pada pelajar bahasa ibunda
Ø  Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak
©       Mendengar secara beremosi
Ø  Mendengar & mampu meransang emosi
Ø  Merasa sesuatu dan bertindak balas
©       Mendengar secara berhati-hati
Ø  Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
Ø  Memahami ujaran dgn tepaT
©       Mendengar secara kritikal
Ø  Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
Ø  PnP KBKK
©       Mendengar secara pengamatan
Ø  Murid sudah mampu berfikir kritikal
Ø  Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)
©       Mendengar secara kreatif
Ø  Mengulas, mengritik, menilai
Ø  Mencapai penguasaan bahasa yang baik

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar & contoh :
©       Peringkat awal
Ø  Melakukan sesuatu yang disuruh
Ø  Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
Ø  Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
©       Peringkat pertengahan
Ø  Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
Ø  Mengesan urutan
Ø  Mengenal sebab dan akibat
©       Peringkat maju
Ø  Mengenal isi-isi penting
Ø  Mengenal peranan dan perhubungan org yang bercakap
Ø  Mentafsir maksud
Ø  Memberitahu tekanan dan intonasi




Kemahiran Bertutur
Konsep
©       Gabungan bunyi-bunyi bahasa
©       Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak)
©       Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
©       Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek Pertuturan
a)Sebutan
©       murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
©       Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b)Tekanan
©       Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
©       Biasanya dilakukan pada suku kata.
©       Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
©       Lambangnya ialah /?/.
©       Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
©       Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
©       Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora

d) Kefasihan
©       boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
©       kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
©       melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
©       Bertujuan untuk berkomunikasi.

f) Tatabahasa
©       merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
©       Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
©       fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
©       morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
©       sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
©       Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya baris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

g) Jeda
©       jeda = persendian
©       digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
©       Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
©       Lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
©       /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi
©       merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
©       juga disebut sebagai nada suara
©       intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
©       intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.


I)Nada
©       nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
©       nada tidak bersifak fonemik.

j) Kelancaran
©       bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
©       murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
©       Gaya yg sederhana
Ø  Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
Ø  Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
©       Gaya bahasa mulia & bertenaga
Ø  Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
Ø  Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
©       Gaya menengah
Ø  Bertujuan utk menghasilkan suasana yang tenang dan damai.
Ø  Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
Ø   Cth situasi: pesta dan rekreasi
Faktor Mempengaruhi Pertuturan
©       Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
©       Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
©       Fizikal – alat artikulasi
©       Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
©       Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
©       Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
©       Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umur. Kematangan alat artikulasi.

No comments:

Post a Comment