Saturday 3 September 2011

Kaedah Penilaian Bahasa ( Penilaian Melalui Projek )

Projek
v  Projek  ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu  tempoh masa  yang  tertentu.   
v  Ia  biasanya melibatkan  kutipan  serta  analisis  data persediaan  satu  laporan  yang  betul.  Dalam  konteks  kurikulum  sekolah, projek  bermaksud  secara  amali.    
v  Tugasan  ini  boleh  dijalankan  secara individu  atau  secara  berkumpulan  dan  dilaksanakan  dalam  satu  jangka masa yang munasabah.  
v  Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada  tahap hasil disediakan.   
Tujuan
©       Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  
©       Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  
©       Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
Ciri-Ciri
©       Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
©       Memerlukan jangka masa yang panjang . 
©       Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 
©       Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
©       Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
©       Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
 Langkah-Langkah Untuk Menjalankan Projek
©       Langkah 1 :  Penentuan tajuk dan skop Projek.
©       Langkah 2 : Penilaian awal projek.
©       Langkah 3 :  Pelaksanaan strategi.
©       Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
©       Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

No comments:

Post a Comment