Wednesday 14 September 2011

Penilaian Aktiviti Bahasa ( Forum dan Debat )

Forum
v Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
v  Dijalankan secara formal.
v  Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
©   pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
©  meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
v Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
v  Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.




Debat
v  Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
v  Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
v  Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta dan setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
v  Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
v  Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

No comments:

Post a Comment