Wednesday 14 September 2011

Penilaian Aktiviti Bahasa ( Syarahan dan Ceramah )

Ceramah
v  Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
v  Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
v  Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
v  Antara jenis-jenis ceramah ialah :- 
©       Ceramah agama
©       Ceramah pendidikan
©       Ceramah kesihatan
©       Ceramah kesedaran dan sebagainya




Syarahan
v  Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai : 
©       Kata alu-aluan/pendahuluan
©       Kata-kata penghadapan 
©       Isi
©       Penutup
v  Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu 
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
v  Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta 
contoh-contoh yang relevan.
v  Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
v  Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

Peringkat / Langkah Kemahiran
1) Persediaan
· Memahami tajuk dan kehendak soalan
· Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
· Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
· Menulis perenggan pendahuluan
· Mengembangkan isi-isi secara tersusun
· Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3) Penyemakan
· Menyemak ejaan dan tanda baca.
· Menyemak tatabahasa
· Menyemak jumlah perkataan

No comments:

Post a Comment