Wednesday 14 September 2011

Penilaian Aktiviti Bahasa ( Pidato dan Pantun )

Pidato
v  Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v  Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
v  Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v  Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.



Pantun
v  Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
v  Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
v  Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
v  Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
v  Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
v  Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
v   Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Ciri-ciri Pantun
©      Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profane
©      Bahasa bebas dari pantang larang
©      Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
©      Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham



Sajak
v  Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
v  Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
v  Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
v  Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
v  Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

No comments:

Post a Comment