Thursday 22 September 2011

Penilaian Berasaskan Sekolah

v  Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.
v  Pentaksiran Sekolah secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran(assessment for learning) manakala Pentaksiran Sekolah secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari(assessment of learning).


Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti berikut:
©      Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan
Ø  pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard)
Ø  penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;

©      Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung.
©      Menggunakan kepelbagaian maklumat.
©      Membuat penilaian dan melaporkan secara verbal dan atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
v  Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut:
©      kejelasan konstruk yang ditaksir
©      bentuk
©      kegunaan
©      aras kesukaran
©      bagaimana cara mentaksir
©      kekerapan
©      masa
©      maklumbalas.

Pentaksiran Yang Berkesan Membolehkan Murid :
©      Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal
©      Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki
©      Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta
©      Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan  penguasaan dan kepakaran
©      Belajar dengan kaedah tersendiri
©      Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya
©      Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;
©      Bertanggungjawab terhadap pembelajaran
©      Melalui proses pembelajaran yang berjaya
©      Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.


Fungsi Pentaksiran Sekolah
©      Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas :
Ø  Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid)
Ø  Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran)


Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif)
©      Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu.
©      Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.
©      Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.
©      Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya.
©      Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)
©      Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid.
©      Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran.
©      Maklumat tersebut diguna sebagai maklumbalas dalam  mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.
©      Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. 
©      Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk  pembelajaran.
©      Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul.
©      Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan.
©      Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:
Ø  Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan
Ø  Tahap pembelajaran yang diharapkan
Ø  Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan.
©      Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas,  bukan semata-mata merekod skor.
©      Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.  


Pentaksiran Rujukan Standard
©      Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria.
©      Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard.


Pentaksiran Rujukan Kriteria
©      Pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu.
©      Melalui PRK, pencapaian murid tidak dinilai secara bertahap.
©      Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya.

No comments:

Post a Comment