Wednesday, 14 September 2011

Penilaian Aktiviti Bahasa ( Syarahan dan Ceramah )

Ceramah
v  Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
v  Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
v  Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
v  Antara jenis-jenis ceramah ialah :- 
©       Ceramah agama
©       Ceramah pendidikan
©       Ceramah kesihatan
©       Ceramah kesedaran dan sebagainya




Syarahan
v  Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai : 
©       Kata alu-aluan/pendahuluan
©       Kata-kata penghadapan 
©       Isi
©       Penutup
v  Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu 
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
v  Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta 
contoh-contoh yang relevan.
v  Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
v  Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

Peringkat / Langkah Kemahiran
1) Persediaan
· Memahami tajuk dan kehendak soalan
· Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
· Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
· Menulis perenggan pendahuluan
· Mengembangkan isi-isi secara tersusun
· Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3) Penyemakan
· Menyemak ejaan dan tanda baca.
· Menyemak tatabahasa
· Menyemak jumlah perkataan

Penilaian Aktiviti Bahasa ( Pidato dan Pantun )

Pidato
v  Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v  Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
v  Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v  Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.



Pantun
v  Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
v  Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
v  Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
v  Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
v  Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
v  Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
v   Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Ciri-ciri Pantun
©      Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profane
©      Bahasa bebas dari pantang larang
©      Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
©      Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham



Sajak
v  Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
v  Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
v  Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
v  Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
v  Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Penilaian Aktiviti Bahasa ( Forum dan Debat )

Forum
v Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
v  Dijalankan secara formal.
v  Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
©   pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
©  meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
v Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
v  Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.




Debat
v  Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
v  Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
v  Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta dan setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
v  Pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
v  Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Penilaian Kemahiran Bahasa ( Penilaian Kemahiran Menulis )

Kemahiran Menulis
Konsep
©       Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti :
Ø  Karangan
Ø  Laporan projek/kerja kursus/folio
Ø  Latihan dan ujian bertulis
Ø  Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan
©       Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Ø  Kemahiran menulis
Ø  Menyusun idea
Ø  Penggunaan tanda baca
Ø  Perbendaharaan kata
Ø  Mengaplikasi
Ø  Mentafsir
Ø  Menilai



PERLU DIINGAT
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
Ø  Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Ø  Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
Ø  Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Ø  Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Ø  Skema pemarkahan disediakan

Bentuk Item
©       Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
©       Bentuk Item Subjektif


Mengesan Serta Merta
©       Tujuan  mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
©       Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
©       
Merekod & Melapor :
Ø  Perlu direkod
Ø  Dilaporkan jika perlu
©       Bagaimana ?
Ø  Dirancang jika perlu
Ø  Individu @ kumpulan
Ø  Tiada instrumen khusus

Tindakan Susulan :
©       Perlu tindakan serta-merta seperti;
Ø  Bimbingan
Ø  Teguran
Ø  Nasihat
Ø  Pujian


Mengesan Kemajuan
©       Tujuan  mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
©       Bagaimana?
Ø  Perlu dirancang
Ø  Individu @ kumpulan
Ø  Gunakan instrumen seperti : lembaran kerja dan ujian bertulis
©       
Merekod & Melapor
Ø  Perlu direkod
Ø  Dilaporkan jika perlu
©       
Tindakan Susulan
Ø  Perlu tindakan susulan
©       Contoh :
Ø  menilai laporan bertulis
Ø  Menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif



Mengesan Pencapaian
©       Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
©       Bagaimana?
Ø  Perlu dirancang
Ø  Secara individu
Ø  Gunakan ujian bertulis
©     
  Tindakan susulan
Ø  Harus diambil jika perlu
©       Contoh :
Ø  Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
©     
  Merekod & melapor
Ø  Perlu direkod
Ø  Perlu dilapor